Friday, January 30, 2009

ATM Hantar 30 Anggota Perubatan Ke Gaza

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar 30 anggota yang terdiri daripada doktor dan pegawai perubatan ke Gaza, Palestin dalam misi bantuan perubatan.


Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata kumpulan perubatan tersebut akan digerakkan bersama-sama kumpulan bantuan yang lain dalam masa terdekat.

"Kumpulan ini sudah bersiap sedia untuk bertolak cuma menunggu arahan daripada kerajaan. Ini adalah inisiatif kita untuk bersama-sama agensi yang lain dalam menghulurkan bantuan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya kumpulan perubatan itu akan diletakkan di sana selama tiga ke empat bulan dan akan digantikan dengan pasukan baru jika diperlukan.

Abdul Aziz berkata selain itu ATM juga akan membawa sebuah 'hospital bergerak' iaitu hospital level kedua yang dapat digunakan untuk melakukan pembedahan seperti sebuah hospital kekal di samping memberikan rawatan ringan kepada pesakit.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk memasuki Gaza dan sedang berusaha mencari lokasi yang strategik untuk menempatkan pasukan perubatan di sana bersama-sama kumpulan bantuan yang lain.

-- BERNAMA

Read More..

Taman Laut Menado

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
TAHUKAH anda di mana letaknya lokasi sebenar Menado? Bagi penulis, satu saja terlintas di fikiran apabila mendengar nama Menado, iaitu Maria Menado, Primadona filem Melayu pada 60-an.

Penulis sendiri masih samar-samar mencari jawapan mengenai lokasi sebenar tempat ini. Menado atau Manado (bahasa Inggeris) sebenarnya terletak di Kepulauan Sulawesi, Indonesia kira-kira 2,500 kilometer dari Kuala Lumpur (perjalanan udara) dan wilayah yang berkongsi laut Sulu dengan Sabah.
Kesempatan mengunjungi Menado dua minggu lalu menyingkap kisah sebenar ibu kota Utara Sulawesi dikenali sebagai bandar Mesra di kalangan pelancong yang menjadi destinasi utama untuk pencinta aktiviti menyelam skuba dan ‘snorkeling’.

Di kalangan penyelam, Menado dikenali sebagai antara lokasi menyelam yang perlu dikunjungi kerana mempunyai beberapa Taman Laut termasuk Bunaken National Marine Park (Bunaken) yang menempatkan 2,500 spesies ikan dan 70 jenis batu karang.

Malah, Bunaken dimasukkan dalam senarai 10 lokasi ‘snorkeling’ 2008 oleh majalah maya, ForbesTravel.com dan destinasi terawal diisytiharkan sebagai taman laut di Indonesia.
Pada 11 hingga 15 Mei ini, Menado akan menjadi tuan rumah Persidangan Lautan Dunia 2009, yang mengumpulkan lebih 50 buah negara dengan 3,000 peserta.

Ketika menghadiri FAM Trip anjuran Triways dan jemputan syarikat pelancongan Mapanget baru-baru ini, penulis berkesempatan menyaksikan keindahan dasar laut di Bunaken dan Pulau Siladen yang mempunyai batu karang dan ikan berwarna warni.

Lebih manis, dalam perjalanan pulang kembali ke penginapan di Tasik Ria Resort, rombongan kami berkesempatan melihat ikan lumba-lumba berenang dan melompat di tengah laut. Menurut pemandu bot, peluang melihat ikan berkenaan bukannya selalu disaksikan oleh pelancong dan rombongan kami sangat bertuah petang itu.

Selain tarikan taman laut, Menado sebenarnya menawarkan pelbagai destinasi pelancongan lain yang ‘wajib’ anda kunjungi jika melawat Sulawesi Utara yang dikenali sebagai kota ‘nyiur melambai’ kerana memang banyak pokok kelapa di sini.
Kunjungilah Tomohon kira-kira satu jam perjalanan dari Bandar Menado. Tomohon bermaksud ‘orang mendoakan’ atau ditafsirkan penduduk di daerah itu sentiasa mendoakan kebahagiaan dan daerah sentiasa subur berikutan kedudukannya di lembah tengah-tengah antara dua gunung berapi yang masih aktif Gunung Mahuwa dan Lokon.

Bandar Tomohon juga dikenali sebagai Bandar Bunga Menado kerana daerah subur itu dipenuhi pelbagai jenis dan spesies bunga yang sentiasa mekar. Singgahlah di Lokon Country Resort serta Resort Gardenia yang mempunyai landskap menarik dengan taman bunga yang sentiasa mekar.

Gunung Lokon juga “wajib’ dikunjungi jika anda mahu menyaksikan kawah gunung berapi yang mengeluarkan asap putih. Batu di sekeliling gunung hitam kesan terbakar terkena lahar gunung, malah rumput sekitarnya juga nampak terbakar.

Dari kaki gunung, kawasan berkenaan berwarna coklat jingga kesan kepanasan dari kawah gunung berapi itu. Gunung Mahuwa pula nampak hijau walaupun ia sebenarnya adalah gunung berapi aktif di daerah berkenaan.

Sesuai dengan gelarannya sebagai Bandar Bunga, landskap Tomohon memang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan kebanyakan penempatan penduduk dihiasi dengan taman kecil. Tomohon juga terkenal dengan aktiviti pertanian dengan penanaman lobak merah, bayam, saderi dan kangkung. Namun, satu lagi keunikan Tomohon adalah pelbagai makanan eksotik yang boleh didapati di pasar sekitarnya.

Jika anda berminat mengunjungi Menado boleh hubungi Triways Travel Network di 03-77291044, Kembara Dunia Travel & Tours ( 03-91739814) atau Takzim Travel & Tours (03-40455460).

INFO: Tempat menarik yang mesti dikunjungi

# Pasar utama Minahasa Utara di Tomohon menjual makanan eksotik seperti anjing, kucing, kelawar, tikus salai, ular sawa, biawak dan cicak hutan.

# Tugu peringatan yang melambangkan kepelbagaian agama masyarakat Minahasa Utara dan kolam air panas terletak di Kampung Kanonang, Bukit Kasih.

# Perkampungan Woloan, menempatkan industri pertukangan kayu dan pembinaan rumah tradisional Minahasa.

# Pengunjung boleh membeli rumah kayu pasang siap di Perkampungan Woloan.

# Tasik Tondano menawarkan berpuluh restoran terapung menyajikan makanan laut.

# Kampung Pulutan sinonim dengan industri kraftangan daripada tanah liat.

# Kampung Kawangkoan, terkenal dengan industri makanan berasaskan kacang tanah yang saiznya lebih kecil dan rasanya rangup.

# Hutan Simpan Tangkoko seluas 8,700 hektar di Bitung menyimpan binatang unik yang tidak boleh didapati di tempat lain di dunia, dikenali sebagai Tarcius Spektrum- monyet kecil sebesar penumbuk dan bermata besar seperti burung hantu.

# Zoo Mini Sulesman Gumulung di Naenundung turut menempatkan koleksi burung hantu, kakaktua, musang, buaya, ular sawa, monyet dan burung enggang.

Read More..

3 Feb-Perak cuti umum

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Selasa depan sebagai cuti umum sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata cuti itu juga bagi membolehkan rakyat Perak dan seluruh negara merayakan serta meraikan sambutan hari bersejarah yang menandakan genapnya 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah.

“Rakyat boleh menggunakan peluang ini untuk menyaksikan penganugerahan Darjah Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang dikeluarkan kepada 25 individu yang banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada baginda,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. - Bernama

Read More..

Thursday, January 15, 2009

Letupan di Sungai Golok

Utusan Online 15/1/09
SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) 14 Jan. – Penduduk di pekan sempadan Malaysia-Thailand di sini gempar apabila dikejutkan dengan dua letupan bom di kawasan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) yang sedang dalam proses pembinaan di sini awal pagi ini.

Bagaimanapun, letupan bom buatan sendiri itu hanya merosakkan empat pos pemeriksaan kastam yang belum digunakan, terletak kira-kira 40 meter dari kawasan pembinaan kompleks itu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Seorang pegawai kastam Thailand yang ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, letupan pertama berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi, disusuli letupan kedua 10 minit kemudian.

Beliau percaya letupan di kawasan paling hampir dengan pintu masuk kedua-dua buah negara itu bertujuan menakutkan orang ramai dan pegawai-pegawai kerajaan yang melalui kawasan tersebut.

“Kita tidak tahu apa sebab dan siapa yang meletakkan bom di kawasan ini tetapi kami rasa ia hanya ugutan untuk menakutkan orang ramai dan kakitangan kerajaan yang bertugas di sini.

“Ketika kejadian berlaku tiada siapa di tempat kejadian kerana ia dibuka pada pukul 6 pagi (waktu Thailand),” katanya.

Selepas kejadian itu, pintu masuk ke Malaysia ditutup selama kira-kira dua jam sebelum dibuka semula kepada orang ramai.

Pintu masuk kedua-dua buah negara itu dibuka dari pukul 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Tinjauan di kawasan tersebut mendapati, kejadian tersebut tidak menjejaskan urusan harian penduduk.

Beberapa anggota tentera dan polis dilihat berada di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.

Kompleks canggih yang berharga kira-kira RM16 juta itu dijangka siap sepenuhnya kira-kira lima bulan lagi.

Dalam pada itu, usaha untuk menemui Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Polis Tanongsak Wangsupa di pejabatnya bagi mendapatkan maklumat lanjut gagal kerana beliau berada di luar kawasan.

Sementara itu, Timbalan Konsul Besar Thailand di Kota Bharu, Niran Boonjit ketika dihubungi berkata, kejadian itu tidak menjejaskan urusan harian penduduk untuk keluar masuk di pintu sempadan.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kita masih belum mengetahui siapa yang bertanggungjawab serta motif pengeboman ini,” katanya.

Read More..

Wednesday, January 14, 2009

Treo 750v


Treo™ 750 smartphone
Product features.
Operating System
Windows Mobile® 6 Professional
Radio
GSM/GPRS/EDGE/UMTS/HSDPA radio
GSM bands: 850/900/1800/1900 Mhz
UMTS bands: 850/1900/2100 Mhz
Phone Features
Personal speakerphone
Hands-free headset jack
Microphone mute option
TTY/TDD compatibility
multi-party calling
Memory
128MB
Processor
300MHz Samsung processor
Expansion
miniSD card slot; up to 4GB card supported
Battery
Removable 1200 mAH Lithium-ion
Talk time: up to 4 hours
Standby time: Up to 250 hours
Data preserved by persistent file system
Screen
240 x 240 colour TFT touchscreen display
16-bit colour displays over 65,000 colours
Connectivity
Bluetooth® 1.2 wireless technology
USB
Infrared (IR)
Support for Bluetooth stereo headsets
Camera
1.3 megapixel with 2x digital zoom
Automatic light balance
Integrated self-portrait mirror
Video capture support
Audio
2.5mm headset jack is stereo headset compatible (stereo headset included) Requires a stereo headset adapter, sold separately, for use with standard 3.5mm stereo headphones
Polyphonic MIDI, MP3, WAV & video ringtones
External ringer on/off switch with vibrate mode
Keyboard
Full QWERTY key layout with backlighting
Integrated number dial pad
Keyguard feature
Power/Sync
Multi-connector on device
USB sync cable
International adapter (EU, UK, AU And NA plugs included)
Size
4.44" H x 2.3" W x 0.8" D
111mm x 58mm x 22mm
Weight
5.4 ounces
154 grams
Windows® PC
Windows® Vista, XP or 2000
USB port (USB ActiveSync® cable included)
CD-ROM drive
sumber:www.palm.com/my/products/smartphones/treo750/index.html
harga:RM2988

Read More..

Khir bought a Mercedes, says political secretary

NST Online-2009/01/14
SHAH ALAM: Datuk Seri Dr Khir Toyo had approved the purchase of a Mercedes S350L worth almost RM1 million for his personal use with funds from Kumpulan Darul Ehsan Berhad when he was Selangor menteri besar.
This resulted in the state having to bear the extravagant purchase, said Nik Nazmi Nik Ahmad, the political secretary to Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

He was responding to Dr Khir's statement who said that the RM2 million purchase of 15 Toyota Camry cars showed that the Pakatan Rakyat leaders were more concerned about their needs than the welfare of Selangor people.

The opposition leader also questioned why the purchase was not made through an open tender and the state government should focus on fulfilling their election manifesto.

In a statement yesterday, Nik Nazmi said the open tender was not used because the cars were bought at market price for RM130,000 each.


The state government received its fleet of Camry cars on Friday.

As for the state's Proton Perdana V6 cars, those below two years old would be retained and used as pool cars.

Read More..

Friday, January 9, 2009

Kerajaan naikkan elaun doktor pakar

KUALA TERENGGANU 9 Jan. — Kadar bayaran insentif untuk lebih 4,000 doktor pakar di seluruh negara dinaikkan antara RM300 hingga RM700 berkuatkuasa 1 Jan lepas, demikian menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kadar baru itu adalah wajar memandangkan doktor pakar perubatan memikul tugas berat untuk memberikan khidmat kepakaran yang amat diperlukan oleh rakyat serta setanding dengan negara maju.

“Adalah diharap pakej ini akan dapat mengekalkan lebih ramai doktor dan pekerja perubatan dan kesihatan terus berkhidmat dengan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Citrasihat di Dataran Shahbandar di sini hari ini. Turut hadir ialah Timbalannya Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Sebagai perbandingan, bagi gred utama/khas ke atas yang sebelum ini memperoleh bayaran insentif sebanyak RM2,400 sebulan, kadar barunya ialah RM3,100 manakala kadar baru bagi gred UD41, yang sebelum ini memperoleh insentif RM1,300 ialah RM1,600.

Kadar baru itu ia melibatkan peruntukan RM27.7 juta setahun, katanya. - Bernama

Read More..

Israel terus bedil gaza

BANDAR GAZA 9 Jan.-Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas Genting Gaza hari ini tanpa mempedulikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera di wilayah itu.

Rejim Zionis itu melancarkan lebih 50 serangan udara dan membunuh sekurang-kurangnya 12 lagi penduduk awam Palestin, beberapa jam selepas Majlis Keselamatan meluluskan resolusi berkenaan.

Ketika bom-bom terus menggegarkan wilayah tepi pantai ini buat hari ke-14, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni tidak memberikan petanda serangan tenteranya akan dihentikan.

“Israel sentiasa bertindak hanya mengikut pertimbangannya sendiri,” menurut kenyataan beliau. - AFP

Read More..