Friday, January 9, 2009

Israel terus bedil gaza

BANDAR GAZA 9 Jan.-Israel meneruskan serangan besar-besaran ke atas Genting Gaza hari ini tanpa mempedulikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata dilaksanakan segera di wilayah itu.

Rejim Zionis itu melancarkan lebih 50 serangan udara dan membunuh sekurang-kurangnya 12 lagi penduduk awam Palestin, beberapa jam selepas Majlis Keselamatan meluluskan resolusi berkenaan.

Ketika bom-bom terus menggegarkan wilayah tepi pantai ini buat hari ke-14, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni tidak memberikan petanda serangan tenteranya akan dihentikan.

“Israel sentiasa bertindak hanya mengikut pertimbangannya sendiri,” menurut kenyataan beliau. - AFP

0 comments: